
SEPANG, 15 September – Polis sedang mengesan waris atau ahli keluarga seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan meninggal dunia di ruangan simpanan tayar pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini.
- Polis minta orang ramai yang mempunyai ahli keluarga hilang sejak 19 Ogos 2026 tampil membantu siasatan.
- Keutamaan diberi kepada mereka dipercayai mempunyai kaitan atau pernah berada di sekitar KLIA, kertas siasatan mati mengejut dibuka 27 Ogos 2026.
- Orang ramai boleh hadir ke mana-mana balai polis atau hubungi IPD KLIA 03-87768926, Inspektor Mohd Ridzuan 011-14453057, Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Nicholas 018-7017291.
Ketua Polis Daerah KLIA, ACP M. Ravi memaklumkan, orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan dilaporkan hilang atau gagal dihubungi sejak 19 Ogos 2026 diminta tampil membantu siasatan.
Jelas beliau, keutamaan diberi kepada mereka yang dipercayai mempunyai kaitan atau pernah berada di sekitar KLIA.
“Satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) telah dibuka pada 27 Ogos 2026 berhubung penemuan mayat berkenaan.
“Polis kini berusaha mengenal pasti waris atau ahli keluarga mangsa bagi membantu proses pengecaman serta siasatan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-87768926.
Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Ridzuan Mohd Rosli (011-14453057) atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nicholas Anak Idel (018-7017291).