GPM turun padang nilai keperluan mangsa bencana Nepal

GPM turut menemu bual pegawai daerah dan mangsa bagi mengenal pasti keperluan sebenar/ Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 15 September Global Peace Mission Malaysia (GPM) melaksanakan misi kemanusiaan ke Nepal bagi menilai keperluan mangsa bencana selain menyalurkan bantuan awal kepada penduduk yang terjejas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menjalankan penilaian lapangan melalui temu bual dengan pegawai daerah dan pertemuan mangsa untuk mengenal pasti keperluan sebenar.
  • Mendapatkan maklumat daripada NGO Malaysia dan Duta Malaysia di Nepal bagi menyelaraskan bantuan mengikut keperluan setempat.
  • Bantuan difokuskan kepada keperluan awal; penilaian keperluan jangka panjang dan keberkesanan berdasarkan impak dan maklum balas.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan GPM, Nik Muhammad Nik Yusoff berkata, misi itu dilaksanakan susulan bencana yang memberi kesan kepada ribuan penduduk di negara berkenaan.

“Kita pergi ke lapangan dan berhubung dengan pegawai daerah atau pusat pengumpulan barang-barang bantuan.

“Kita buat penilaian melalui temu bual dengan pegawai daerah, selain berjumpa mangsa yang terkesan untuk mengetahui keperluan mereka,” katanya.

GPM turut mendapatkan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang berada di Nepal serta Duta Malaysia di negara berkenaan bagi mengenal pasti keperluan sebenar mangsa.

Menurut beliau, bantuan yang disalurkan ketika ini lebih tertumpu kepada keperluan awal dan bantuan sekali agihan, manakala keperluan jangka panjang termasuk tempat perlindungan dan kediaman masih dalam penilaian.

“Keberkesanan misi akan diukur berdasarkan impak bantuan yang disalurkan kepada masyarakat serta maklum balas daripada keluarga yang terjejas,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.