
KUALA LUMPUR, 15 September– Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat pukul 9 pagi tadi.
- Beberapa kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
- Bacaan tertinggi: IPD Serian 188; Johan Setia 182; Cheras 171; Pasir Gudang 171.
- Negeri lain terjejas: Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Putrajaya.
- Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka di luar dan mengurangkan aktiviti luar.
Berdasarkan kemaskini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), IPD Serian, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 188, diikuti Johan Setia, Selangor (182), Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (171) dan Pasir Gudang, Johor (171).
Negeri-negeri lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat adalah Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, selain Putrajaya.
Sementara itu, 30 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana.
Orang dinasihatkan menggunakan pelitup muka apabila berada di luar sepanjang masa serta mengurangkan aktiviti, selain minum banyak air.