
KUALA LUMPUR, 14 September -Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026, menjadi platform untuk Malaysia mengetengahkan cadangan penubuhan Majlis Halal ASEAN serta memperluas kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal global.
- Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal memutuskan langkah strategik bagi pembangunan industri halal negara.
- Mesyuarat memberi tumpuan memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pelaburan dan memperluas akses pasaran industri halal.
- Pemudahcaraan pensijilan halal diperkasa khususnya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
- Usaha berterusan dijalankan untuk mengukuhkan ekosistem halal dan menjadikan Malaysia Hab Halal Global berdaya saing, berintegriti dan mampan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan mesyuarat memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pelaburan dan memperluas akses pasaran industri halal Malaysia.
“Ini termasuk memperkasa pemudahcaraan pensijilan halal khususnya bagi PMKS.
“Usaha berterusan itu, bakal memperkukuh ekosistem industri halal negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai Hab Halal Global yang berdaya saing, berintegriti dan mampan,”menurut hantaran berkenaan.