Polis siasat dakwaan MB Negeri Sembilan

Foto RTM

PUTRAJAYA, 14 September – Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan usaha menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kertas siasatan telah dibuka dan masih dalam proses, kata Menteri Dalam Negeri.
  • Datuk Ismail dakwa menandatangani surat cara pada 3 Ogos tanpa kerelaan dan dalam keadaan terpaksa.
  • Beliau membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada media.

“Kertas siasatan telah dibuka dan masih dalam proses. Kalau ada perkembangan, seperti biasa kita akan kongsikan dengan rakan media,”katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Terdahulu, Datuk Ismail mendakwa beliau menandatangani surat cara berkenaan pada 3 Ogos lalu tanpa kerelaan dan dalam keadaan terpaksa.

Susulan itu, beliau membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.