Tiada penuntut Malaysia di Indonesia terjejas, KPT pantau situasi jerebu

 Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua, kiri)/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 September – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) setakat ini belum menerima sebarang laporan pelajar Malaysia di Indonesia terjejas akibat jerebu atau letusan gunung berapi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keseriusan situasi bergantung kepada keadaan semasa dan keputusan institusi pengajian masing-masing.
  • KPT akan terus memantau perkembangan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia di Indonesia.
  • Pemantauan dilakukan secara berterusan di Sumatera, Jawa dan Sulawesi; wakil di Indonesia akan memaklumkan tentang kedudukan jerebu.

Menteri berkenaan,  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai tahap keseriusan situasi tersebut, yang turut bergantung kepada keadaan semasa dan keputusan institusi pengajian masing-masing.

Bagaimanpun, Kementeriannya akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia di Indonesia.

“Pemantauan dibuat secara berterusan di seluruh Indonesia termasuk Sumatera, Jawa dan Sulawesi. Wakil kita di Indonesia akan maklumkan kepada kita tentang kedudukan jerebu pada kali ini. Setakat ini, ia bergantung kepada dasar ataupun perjalanan universiti berkenaan termasuk menutupnya jika perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.