
KUCHING, 12 September – Sebuah pusat hiburan di Jalan Lapangan Terbang Kuching digempur pada Jumaat dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000.
- Jika disabit, boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
- Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditahan.
- Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan diteruskan; pengusaha dinasihatkan mendapatkan lesen sah dan tidak melebihi masa operasi.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.
Pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun.
Beliau berkata pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis hiburan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beliau turut menasihatkan pengusaha premis hiburan mendapatkan lesen sah serta tidak menjalankan aktiviti melebihi masa operasi yang ditetapkan.