
SEPANG, 12 September – Seorang wanita melecur lima peratus pada jari kanan dalam kebakaran membabitkan sebuah van di hadapan Balai Polis Komuniti Dato Abu Bakar Baginda, Kampung Dato Abu Bakar Baginda di sini pada Sabtu.
RINGKASAN BERITA AI
- JBPM menerima panggilan pada pukul 1:53 tengah hari; jentera BBP Presint 14 tiba pada pukul 2 petang.
- Van terbakar kira-kira 95 peratus.
- Anggota BBP Presint 14 memberikan rawatan awal; operasi turut melibatkan 15 anggota BBP Cyberjaya.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 1:53 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 tiba di lokasi pada pukul 2 petang.
“Kebakaran melibatkan sebuah van yang terbakar kira-kira 95 peratus,” jelasnya.
Beliau berkata anggota BBP Presint 14 turut memberikan rawatan awal kepada mangsa.
Operasi itu juga melibatkan seramai 15 anggota BBP Cyberjaya.