Malaysia tegaskan keselamatan laluan maritim Selat Hormuz

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian hari ini di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi/ Bernama

NEW DELHI, 12 September- Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap konflik dan peningkatan ketegangan yang berterusan di Asia Barat, termasuk kepentingan memastikan kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkara dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara PM Anwar dan Presiden Iran di luar Sidang Kemuncak BRICS.
  • Malaysia menyeru semua pihak kembali kepada dialog dan diplomasi untuk menyelesaikan pertikaian.
  • Dialog bertujuan mengurangkan ketegangan dan mengelakkan konflik terus merebak di rantau.
  • Selat Hormuz sangat strategik dan penting kepada keselamatan tenaga serta ekonomi global.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini, hari ini.

Malaysia turut menyeru semua pihak kembali kepada dialog dan diplomasi sebagai jalan terbaik untuk menyelesaikan pertikaian, mengurangkan ketegangan serta mengelakkan konflik daripada terus merebak di rantau berkenaan.

Selat Hormuz merupakan laluan maritim yang amat strategik bukan sahaja kepada negara-negara di rantau Teluk, tetapi juga kepada keselamatan tenaga dan ekonomi global.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.