
BUTTERWORTH, 11 September – Mayat seorang lelaki tempatan ditemukan dalam longkang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Taman Kelisa Emas, tengah hari tadi.
- JBPM Pulau Pinang menerima panggilan polis pada 12.10 tengah hari bagi bantuan mengangkat mayat.
- Pasukan lima anggota BBP Perai tiba empat minit kemudian dan menemui mayat dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter.
- Anggota mengangkat mayat, menyerahkannya kepada polis, operasi selesai pada 12.47 tengah hari.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 12.10 tengah hari bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat.
Beliau berkata sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi empat minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia dan berada di dalam longkang berkedalaman kira-kira 1.5 meter.
“Anggota kemudian menjalankan operasi mengangkat dan membawa naik mayat sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata operasi berkenaan selesai pada 12.47 tengah hari.