PRN Melaka: Kertas undi pos sedang disediakan

Proses pengeluaran kertas undi pos PRN Melaka

BUKIT PALAH, 2 November – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, proses pengeluaran kertas undi pos sedang dilaksanakan di seluruh negeri tersebut, termasuk bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Bukit Katil, sebagai persiapan menghadapi pengundian secara pos.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kertas undi yang selesai diproses akan diserahkan kepada Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi pos yang layak.
  • Kategori layak mengundi pos termasuk petugas pilihan raya, anggota polis dan tentera serta pasangan, petugas media bertugas dan pengundi luar negara.
  • Tarikh penting PRN: pengundian awal 10 November, hari mengundi 14 November 2026, tempoh berkempen 31 Oktober hingga 13 November.

Kertas undi yang selesai diproses akan diserahkan kepada Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi yang layak.

Antara kategori yang layak mengundi secara pos ialah petugas pilihan raya, anggota polis dan tentera serta pasangan yang memenuhi syarat, petugas media yang menjalankan tugas pada hari pengundian dan pengundi di luar negara yang memenuhi syarat ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRN Melaka ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 23 September lalu. SPR menetapkan sebanyak 28 kerusi DUN dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini.

Berdasarkan data Daftar Pemilih Pilihan Raya yang dikemas kini sehingga 22 September 2026, seramai 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi, merangkumi 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera serta pasangan mereka dan 2,762 anggota polis.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon pada 31 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 13 November ini.

Pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 10 November, manakala hari mengundi ditetapkan pada 14 November 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.