
PUTRAJAYA, 9 September – Malaysia telah menyerahkan senarai aset-aset kepada pihak berkuasa Indonesia yang boleh digerakkan bagi membantu menangani kebakaran serta jerebu yang melanda negara berkenaan.
- Belum ada pengesahan kebenaran penggunaan aset Malaysia untuk membantu operasi pemadaman kebakaran di Indonesia.
- Kerajaan melalui Wisma Putra dan Kementerian Sumber Asli serta Kedutaan telah memanjangkan maklumat berhubung aset tersedia.
- Perkara dinyatakan jurucakap MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan di Putrajaya.
Menurut Jurucakap kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan berhubung sebarang bentuk kerjasama bagi aset Malaysia dibenarkan untuk membantu operasi pemadaman kebakaran.
“Jadi setakat ini ada, kita telah panjangkan melalui kedutaan, melalui Wisma Putra, dan pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga telah menyediakan.
“Tapi belum ada pengesahan dan kebenaran untuk mengguna pakai aset-aset Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini hari ini.