
KUALA LUMPUR, 10 September – Liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk kini mencecah 90 peratus di seluruh negara.
- Capaian 4G di kawasan berpenduduk mencapai 99.75 peratus setakat 31 Julai 2026.
- Pencapaian hasil pelaksanaan berterusan Pelan Jalinan Digital Negara JENDELA memperkukuh infrastruktur digital negara.
- Inisiatif PERSADA antara MCMC dan Kementerian Kesihatan memperkukuh kesalinghubungan di 150 hospital dan hampir 2,500 fasiliti kesihatan awam.
- Kementerian merangka Dasar Pendigitalan Negara sebagai kerangka jangka panjang menyokong perkhidmatan dan industri masa depan.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata manakala capaian 4G di kawasan berpenduduk telah mencapai 99.75 peratus setakat 31 Julai 2026.
Beliau berkata pencapaian itu hasil usaha menerusi pelaksanaan berterusan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sekali gus memperkukuh infrastruktur digital negara.
“Namun, pembangunan infrastruktur hanya benar-benar memberi manfaat apabila ia membolehkan rakyat dan institusi melakukan lebih banyak perkara.”
“Menerusi inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), hasil kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia, tahap kesalinghubungan diperkukuh di 150 hospital dan hampir 2,500 fasiliti kesihatan awam.
“Usaha itu menyokong pelaksanaan rekod perubatan elektronik, perkhidmatan telekesihatan, selain membolehkan akses kepada rawatan yang lebih cekap”, katanya.
Tambahnya, kementerian kini giat merangka Dasar Pendigitalan Negara sebagai kerangka jangka panjang bagi memastikan infrastruktur digital negara mampu menyokong perkembangan perkhidmatan dan industri masa depan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Persidangan M360 ASEAN di ibu negara.