
JAKARTA, 7 Sept – Lapangan terbang utama di Jakarta serta tiga lagi lapangan terbang berdekatan telah melanjutkan tempoh penutupan operasi hingga pukul 6 petang pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Angkasa Pura mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial.
- Letusan Gunung Anak Krakatau menyebabkan gangguan penerbangan dan puluhan ribu penumpang terkandas.
- Penumpang dinasihatkan sentiasa menyemak status penerbangan melalui syarikat penerbangan masing-masing.
Pengendali lapangan terbang, Angkasa Pura mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial.
Langkah berkenaan diambil berikutan gangguan penerbangan yang berpunca daripada letusan gunung berapi hingga menyebabkan puluhan ribu penumpang terkandas.
“Berikutan peningkatan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau, operasi penerbangan di beberapa lapangan terbang telah digantung.
Para penumpang dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status penerbangan dari semasa ke semasa melalui syarikat penerbangan masing-masing,” jelas kenyataan tersebut.- AFP