Trump cadang tukar nama New Mexico kepada New America

Foto FAIL

WASHINGTON, 7 September – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan nama negeri New Mexico ditukarkan kepada New America.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gabenor Michelle Lujan Grisham segera menolak cadangan, menegaskan nama negeri tidak boleh diperdebatkan.
  • White House muat naik semula foto menunjukkan 'Mexico' dipotong diganti dengan 'America'.
  • Media melaporkan idea itu bermula dari hoax internet; Trump juga pernah cadang 'Lake America' dan 'Trump Strait'.

Bagaimanapun cadangan berkenaan serta-merta ditolak oleh Gabenor negeri itu, Michelle Lujan Grisham sambil menegaskan nama berkenaan langsung tidak boleh diperdebatkan.

“Nama ini telah menjadi milik kami sejak sebelum Amerika Syarikat wujud lagi,” tegasnya.

Kecenderungan Trump itu muncul beberapa hari selepas beliau menandatangani perintah untuk menukarkan nama Tasek Ontario kepada “Lake America” di tengah-tengah konflik perdagangan dengan negara jiran, Kanada.

“Ramai orang mencadangkan agar nama New Mexico diubah…kepada NEW AMERICA,” tulis Trump di media sosial pada Ahad.

“Ia jauh lebih berprestij dan indah buat penduduk di negeri yang berpotensi luar biasa itu. Wow, saya suka!” tambah beliau.

White House turut memuat naik semula satu foto yang memaparkan perkataan ‘Mexico’ pada nama negeri berkenaan dipotong dan digantikan dengan perkataan ‘America’.

Beberapa laporan media AS bagaimanapun mendakwa idea tersebut sebenarnya bermula daripada satu rekaan jenaka (hoax) di internet.

Minggu lalu, Trump turut mencadangkan agar Selat Hormuz dinamakan semula sebagai “Trump Strait” ketika konflik dengan Iran masih berterusan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.