
PYONGYANG, 7 September – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menegaskan kapal pemusnah terbaharu negara itu akan menjadi sebahagian daripada sistem tindak balas nuklear dan berupaya melancarkan serangan balas yang memusnahkan.
- Kapal pemusnah 5,000 tan dinamakan "Kang Kon".
- KCNA tidak menyatakan secara khusus sama ada kapal itu dilengkapi senjata nuklear.
- Kim berkata persenjataan nuklear tentera laut semakin maju dan akan diperluas untuk melindungi kedaulatan maritim serta keselamatan serantau.
Kenyataan dikeluarkan media rasmi KCNA pada Isnin bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus sama ada kapal berkenaan dilengkapi senjata nuklear atau sebaliknya.
Kapal pemusnah berkapasiti 5,000 tan yang dinamakan “Kang Kon” itu merupakan kapal perang kedua selepas pengenalan kapal pemusnah “Choe Hyon” di pantai barat Korea Utara kira-kira tiga bulan lalu.
Kim turut menambah persenjataan nuklear tentera laut Korea Utara kini semakin maju dan akan terus memperluas aset strategik bagi melindungi kedaulatan maritim serta keselamatan serantau.
“Kang Kon akan memperkasa sebahagian daripada sistem tindak balas nuklear negara,” jelas Kim lagi.- REUTERS