Taufan Marie cetus banjir di Baja California Sur

Foto Reuters

CABO SAN LUCAS, 4 September – Ribut kuat yang berkembang menjadi Taufan Marie Kategori 1 melanda pantai utara Pasifik Mexico pada Rabu menyebabkan banjir di kawasan di sini, dekat negeri Baja California Sur, Mexico.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan tempatan memaklumkan tiada kerosakan besar dilaporkan.
  • Rakaman video tunjukkan hujan lebat mengalir deras di jalan, menyebabkan banjir setempat.
  • Conagua dan perlindungan awam ramal hujan 75 hingga 150 mm, ombak tiga hingga empat meter, angin kencang; penduduk dinasihat menjauhi kawasan banjir.

Bagaimanapun, kerajaan tempatan pada Khamis memaklumkan tiada kerosakan besar dilaporkan.

Berdasarkan rakaman video menunjukkan air hujan mengalir deras di sepanjang jalan susulan bencana alam itu yang melanda kawasan berkenaan.

Perkhidmatan Meteorologi Mexico, Conagua memaklumkan ribut menguat menjadi Taufan Marie Kategori 1 pada awal Khamis, dengan kelajuan angin maksimum 150 kilometer sejam, manakala pusat taufan berada kira-kira 660 kilometer dari Cabo San Lucas.

Conagua turut meramalkan Taufan Marie akan terus menguat pada Khamis dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Awam La Paz berkata lingkaran taufan yang semakin luas meningkatkan kemungkinan hujan lebat setempat antara 75 hingga 150 milimeter.

Keadaan itu turut berpotensi menghasilkan ombak setinggi tiga hingga empat meter di kawasan pantai, selain angin berkelajuan 30 hingga 40 kilometer sejam dengan tiupan sehingga 70 kilometer sejam.

Pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk supaya menjauhi jalan raya, anak sungai dan kawasan yang mudah dilanda banjir susulan risiko hujan lebat yang dijangka berterusan.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.