Belanjawan 2027: Evocom sedia sokong agenda bandar pintar, logistik hijau menerusi teknologi

Pengarah Eksekuti Evocom Berhad, Dr Esther Loo/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 September – Evocom Berhad berharap Belanjawan 2027 memberi penekanan lebih besar kepada pembangunan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur bandar pintar bagi menyokong pertumbuhan industri logistik serta rantaian bekalan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Evocom sedia bekerjasama dengan kerajaan memperkukuh penggunaan teknologi, terutamanya perkongsian data bandar pintar dan penambahbaikan laluan penghantaran.
  • Penggunaan teknologi meluas dapat meningkatkan kecekapan operasi logistik serta menangani isu pekerja berpendapatan rendah dan memperluas penggunaan tenaga hijau.
  • Kerajaan menekankan pelaburan meningkatkan produktiviti, mewujudkan rantaian bekalan tempatan dan menjana pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor strategik.

Syarikat penyediaan perkhidmatan logistik, rantaian bekalan dan penyelesaian tenaga kerja itu berkata, penggunaan teknologi secara lebih meluas mampu meningkatkan kecekapan operasi dan sistem penghantaran.

Pengarah Eksekutifnya, Dr Esther Loo berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam memperkukuh penggunaan teknologi, khususnya menerusi penambahbaikan laluan penghantaran dan perkongsian data bandar pintar.

“Kami melihat bagaimana kami dapat menyokong kerajaan, khususnya dalam menangani isu pekerja berpendapatan rendah, perkongsian data bandar pintar, penambahbaikan laluan serta usaha memperluas penggunaan tenaga hijau”, katanya selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia, pada Isnin.

Sementara itu, kerajaan dalam kenyataan pra-Belanjawan 2027 turut memberi penekanan terhadap pelaburan yang mampu meningkatkan produktiviti, mewujudkan rantaian bekalan tempatan serta menjana pekerjaan bernilai tinggi.

Antara sektor strategik yang terus diberi tumpuan termasuk AI, perkhidmatan digital, semikonduktor, peralihan tenaga, farmaseutikal, logistik dan aeroangkasa, selaras dengan agenda pembangunan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.