Kapal tangki hanyut langgar jambatan Senai-Desaru, Jabatan Laut jalankan siasatan

Foto awam

KOTA TINGGI, 3 Sept – Jabatan Laut menjalankan siasatan berhubung kejadian kapal tangki MT SMF IXORA hanyut sebelum melanggar Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan awal mendapati kapal tangki hanyut dibawa arus deras selepas diturunkan ke air dari Benzmark Marine Shipyard.
  • Bot tunda pengiring gagal kawal pergerakan kerana arus kuat dan kekangan kuasa tunda.
  • Dua bot bantuan berjaya menarik kapal, melabuhkannya selamat; jambatan hanya alami kerosakan kecil dan dilaporkan selamat digunakan.

Jabatan Laut dalam kenyataan media memaklumkan, siasatan awal mendapati kapal tangki berkenaan hanyut dibawa arus deras selepas diturunkan ke air dari Benzmark Marine Shipyard.

Foto awam

Menurut kenyataan itu, bot tunda pengiring turut gagal mengawal pergerakan kapal berkenaan berikutan arus yang kuat serta kekangan kuasa tunda.

“Jabatan Laut juga bekerjasama dengan pihak berkaitan dalam aspek keselamatan pelayaran dan struktur jambatan,” menurut kenyataan itu.

Akibat pelanggaran berkenaan, kapal tangki dan jambatan mengalami beberapa kerosakan kecil.

Dua bot bantuan yang tiba kemudian berjaya menarik kapal berkenaan dan melabuhkannya dengan selamat.

Pemeriksaan terhadap jambatan itu mendapati ia selamat digunakan oleh semua pengguna jalan raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.