Seorang remaja dikhuatiri lemas di Pantai Klebang

Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua./ JBPM Melaka

KLEBANG, 3 Sept – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di Pantai Klebang, petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakan remaja berusia 18 tahun berjaya ditemukan selamat.
  • Operasi dijalankan oleh PPDA JBPM Melaka di bawah pimpinan Timbalan Penguasa Bomba II Zahrul Azha Mokhtar.
  • Pencarian menggunakan kaedah solo dive dan teknik Arc Pattern sekitar 30 meter dari persisiran pantai.
  • Pasukan turut mencari di celah-celah batu; operasi memasuki hari kedua bermula sejak pukul 8 pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, rakannya yang berusia 18 tahun berjaya ditemukan selamat.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Zahrul Azha Mokhtar, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas dijalankan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Pencarian dilakukan menggunakan kaedah ‘solo dive’ dan teknik ‘Arc Pattern’ pada jarak kira-kira 30 meter dari persisiran pantai.

Pasukan penyelamat turut melakukan pencarian di celah-celah batu di kawasan persisiran pantai.

Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua dilaksanakan sejak pukul 8 pagi tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.