
SEREMBAN, 2 Sept – Kerajaan Negeri Sembilan menangguhkan pelaksanaan bayaran tambahan konservasi di Taman Eko Rimba di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
- Keputusan dibuat untuk memastikan usaha menarik kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 tidak terjejas.
- Pengumuman itu juga mengambil kira rungutan orang ramai mengenai pelaksanaan bayaran tambahan.
- Kadar asal RM3 untuk warga negara dan RM6 untuk bukan warganegara; pengecualian bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU; fasa pertama melibatkan Ulu Bendul dan Lenggeng.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan usaha menarik kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 tidak terjejas.
Langkah itu juga katanya setelah mengambil kira rungutan orang ramai berhubung pelaksanaan bayaran tambahan berkenaan.
“Sekarang ini kita masih dalam tempoh Tahun Melawat Negeri Sembilan. Walaupun anak-anak tidak dikenakan bayaran, mereka datang bersama ibu bapa yang dikenakan bayaran tambahan RM3. Jadi itu kita tangguhkan serta-merta sehingga kita maklumkan semula pada masa akan datang,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini.
Kerajaan negeri sebelum ini memutuskan kadar bayaran RM3 bagi warga negara dan RM6 bagi bukan warganegara manakala kanak-kanak, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) diberikan pengecualian berkuat kuasa hari ini dengan fasa pertama melibatkan Taman Eko Rimba Ulu Bendul dan Taman Eko Rimba Lenggeng.