
BAYAN LEPAS, 2 September – Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemukan dibuang dalam sebuah tong sanitari, di tandas Orang Kurang Upaya (OKU), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) disini pada Selasa.
- Dua suspek ditahan di Kompleks Bukit Jambul untuk membantu siasatan: wanita tempatan 23, lelaki Myanmar 22.
- Suspek lelaki didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah; pemeriksaan lokasi dan beberapa sampel diambil untuk analisis.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan; bayi dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan; polis nasihatkan orang ramai jangan buat spekulasi.
Susulan itu, polis menahan seorang wanita tempatan dan lelaki warga Myanmar masing-masing berusia 23 dan 22 tahun di Kompleks Bukit Jambul bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab menerusi kenyataan berkata, bayi berkenaan ditemukan oleh seorang pekerja pembersihan
selepas terdengar tangisannya dari dalam tong sanitari berkenaan.
“Suspek lelaki warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian serta beberapa sampel juga telah diambil untuk tujuan analisis,” katanya menerusi satu kenyataan.
Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
ACP Anuwal turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang belum disahkan.