Rusuhan Perancis: China tingkat keselamatan rakyatnya

Foto AFP

BEIJING, 19 Oktober — China menasihatkan rakyatnya yang melancong ke Perancis agar berwaspada terhadap risiko keselamatan serta mengambil langkah berjaga-jaga susulan protes ganas yang melanda negara berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 2,500 orang ditahan selepas demonstrasi di seluruh Perancis membantah peningkatan kos sara hidup.
  • Pejabat pentadbiran dan premis perniagaan dilaporkan musnah akibat kebakaran dalam insiden keganasan.
  • Pertempuran antara polis dan orang awam dilaporkan, meningkatkan tahap ketegangan dan risiko keselamatan awam.
  • Perdana Menteri mengarahkan perintah berkurung setempat serta separa untuk menangani rusuhan, keganasan jalanan dan penjarahan.

Terdahulu lebih 2,500 orang ditahan kerana menyertai demonstrasi di seluruh Perancis pada Sabtu bagi membantah peningkatan kos sara hidup.

Pejabat pentadbiran serta premis perniagaan turut dilaporkan musnah akibat kebakaran dalam insiden keganasan yang disifatkan antara yang terburuk di Perancis sejak beberapa tahun kebelakangan ini..

Menurut CCTV, Kementerian Luar China dan Kedutaan China di Perancis mengeluarkan amaran berhubung insiden keganasan tersebut termasuk pertempuran antara polis dengan orang awam.

Kedua dua pihak turut turut menggesa rakyat China supaya meningkatkan kesedaran terhadap risiko, memantau rapat perkembangan situasi dan memperketat langkah keselamatan dengan mengelakkan kawasan demonstrasi.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis Sebastien Lecornu turut mengarahkan gabenor wilayah agar melaksanakan perintah berkurung setempat dan separa bermula Isnin (19 Oktober 2026).

Langkah ini diambil bagi menangani gelombang rusuhan, keganasan jalanan, dan aktiviti penjarahan premis perniagaan yang tercetus susulan demonstrasi besar-besaran pada hujung minggu lalu

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.