Festival Ambang Merdeka 2026 meriah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh hadir pada Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur – Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh hadir memeriahkan Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka, di sini, malam Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Festival tiga hari menampilkan enam segmen utama gabungan seni, budaya, hiburan dan teknologi, menawarkan pelbagai aktiviti serta pengalaman warna-warni kepada masyarakat.
  • Persembahan artis terkemuka seperti Datuk Zainal Abidin, Aina Abdul, Adira Suhaimi dan Mimi Fly diiringi Kombo Budaya DBKL serta Orkestra Kuala Lumpur.
  • Acara istimewa termasuk Festival Lampu Sedunia, Orkestra Konsert Animasi dan Permainan Digital 2026 serta pertunjukan bunga api di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadhlun Mak Ujud.

Festival tiga hari hingga Isnin itu menampilkan enam segmen utama yang menggabungkan elemen seni, budaya, hiburan dan teknologi, sekali gus menawarkan pelbagai aktiviti istimewa serta pengalaman penuh warna warni kepada masyarakat.

Antara pengisian yang menarik ialah persembahan artis terkenal tanah air termasuk Datuk Zainal Abidin, Aina Abdul, Adira Suhaimi dan Mimi Fly.

Persembahan berkenaan turut diiringi pemuzik Kombo Budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Orkestra Kuala Lumpur serta artis budaya DBKL.

Selain itu, pengunjung berpeluang menyaksikan Festival Lampu Sedunia Malaysia, Orkestra Konsert Animasi dan Permainan Digital 2026.

Kemuncak sambutan Ambang Merdeka di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad turut diserikan dengan pertunjukan bunga api yang dinantikan pengunjung.

Festival Ambang Merdeka 2026 menjadi antara acara utama sambutan Hari Kebangsaan yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh semangat patriotik dan kemeriahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.