
KATHMANDU, 30 Ogos – Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan, sebanyak 675 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda gelongsoran lumpur setakat 6.30 petang waktu tempatan pada Sabtu, manakala 2,498 orang masih hilang.
RINGKASAN BERITA AI
- Seramai 753 pelancong masih tidak dapat dihubungi, termasuk 589 warga asing, menurut laporan Xinhua melalui Jabatan Pelancongan Nepal.
- Notis segera dari Pejabat Pentadbiran Kathmandu menyeru persatuan, institusi, perusahaan dan individu supaya menyumbang bekalan bantuan.
- Sumbangan disasarkan untuk membantu mangsa di daerah terjejas seperti Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.
Menurut laporan Xinhua menerusi Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, seramai 753 pelancong masih tidak dapat dihubungi termasuk 589 warga asing.
Pejabat Pentadbiran Daerah Kathmandu pada Sabtu mengeluarkan notis segera yang menyeru pelbagai persatuan, institusi, perusahaan dan individu di Kathmandu supaya menyumbangkan bekalan bantuan bagi membantu mangsa di daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.- BERNAMA-XINHUA