PM dengar nasihat, selami pandangan masa depan Islam di Malaysia

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri muzakarah bersama para agamawan untuk mendengar nasihat, menimba hikmah dan menyelami pandangan tentang perjalanan serta masa depan Islam di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dialog dengan agamawan sebagai ruang muhasabah, memastikan setiap ikhtiar kerajaan dipandu ilmu dan diperkemaskan mengikut keperluan umat.
  • Pertemuan dianggap jalan kecil menuju manfaat lebih besar kerana agama subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu.
  • Pertemuan termasuk pertemuan dengan Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah, sambungan kepada tradisi ulama.
  • Menghargai sumbangan kitab ayahandanya sebagai warisan ilmu yang menghubungkan generasi dan menyambung mata rantai keilmuan Islam.

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan, dialog seperti itu bukan sekadar pertemuan tetapi ruang untuk bermuhasabah agar setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu, diluruskan dengan nasihat dan diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan zaman.

“Semoga pertemuan ini menjadi jalan kecil menuju manfaat yang lebih besar kerana agama sentiasa subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu, dan ilmu terus menjadi pelita kepada perjalanan umat,” menurut hantaran itu.

Datuk Seri Anwar turut berpeluang bertemu Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah yang mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah, anakanda kepada ulama besar dan pakar hadis tersohor zaman ini, Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Awwamah.

“Saya zahirkan penghargaan atas beberapa kitab karya ayahandanya, sebuah pemberian yang bukan sekadar naskhah bertinta, tetapi warisan ilmu yang menghubungkan generasi, menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam,” tambah hantaran itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.