Lawatan PM ke Brunei bawa perkembangan positif

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (kanan)/ BERNAMA

PUTRAJAYA , 26 Ogos – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei selama dua hari membawa perkembangan positif dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus kepada usaha memberi manfaat langsung kepada rakyat, terutama pergerakan rentas sempadan, perdagangan dan industri halal.
  • Perdana Menteri menegaskan perlu dipertingkatkan usaha mempermudah pergerakan antara kedua-dua negara dan kerjasama perdagangan.
  • Penghargaan daripada Sultan Brunei: Anwar dianugerahkan Darjah Kerabat Laila Utama membawa gelaran Dato Laila Utama.
  • Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 ialah mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara Malaysia dan Brunei.

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, hubungan erat kedua-dua negara turut memberi tumpuan kepada usaha yang mampu membawa manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek pergerakan rentas sempadan, perdagangan dan industri halal.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa dalam hubungan dua hala, isu sempadan termasuk usaha mempermudah pergerakan antara kedua-dua negara, selain kerjasama dalam bidang perdagangan dan produk halal perlu terus dipertingkatkan.

“Sudah pasti hubungan baik antara pemimpin kedua-dua negara membuahkan hasil. Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri yang menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke Brunei selama dua hari bermula 21 Ogos lalu bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-27 antara Malaysia dan Brunei.

Rundingan pemimpin tahunan itu merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara Malaysia dan Brunei.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.