
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud melanda Rantau Flores, Indonesia pada pukul 5.20 pagi.
RINGKASAN BERITA AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kejadian itu.
- Kedalaman dilaporkan 10 kilometer, koordinat 8.4 darjah selatan dan 120.5 darjah timur.
- Pusat gempa terletak 199 km timur dari Bima, Indonesia.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan koordinat 8.4 darjah selatan dan 120.5 darjah timur.
Pusat gempa berkenaan terletak 199 km timur dari Bima, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.