PM lulus tambahan RM1 juta bagi pembinaan krematorium di Butterworth

Ahli Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, Kumaran Krishnan / Foto RTM

BUTTERWORTH, 23 Ogos – Peruntukan tambahan RM1 juta diluluskan Perdana Menteri bagi pembinaan krematorium untuk memenuhi keperluan masyarakat Hindu di Seberang Perai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kumaran Krishnan menghargai usaha berterusan Kerajaan Persekutuan mengutamakan kebajikan masyarakat majmuk.
  • Ia mencerminkan komitmen kerajaan MADANI memastikan keperluan pelbagai kaum dan agama diberi secara adil dan inklusif.
  • Sidang media diadakan di tapak projek Jalan Siram, dihadiri RSN Rayer dan Ahli Parlimen Lim Guan Eng.
  • Peruntukan awal RM1.5 juta tidak mencukupi, Lembaga Wakaf Hindu memohon dana tambahan; penduduk setempat bergantung krematorium Batu Lanchang.

Ahli Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, Kumaran Krishnan menyatakan penghargaan atas usaha berterusan Kerajaan Persekutuan dalam mengutamakan kebajikan masyarakat majmuk di negara ini.

“Ia mencerminkan komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan keperluan pelbagai masyarakat kaum dan agama diberikan secara adil dan inklusif,” katanya.

Beliau memaklumkannya pada sidang media mengenai kelulusan peruntukan tambahan bagi Projek Krematorium Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang di tapak projek berkenaan di Jalan Siram, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, kerajaan menyalurkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan krematorium berkenaan.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kos projek, menyebabkan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang memohon dana tambahan.

Masyarakat setempat ketika ini bergantung kepada krematorium di Tanah Perkuburan Hindu Batu Lanchang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.