111 pelajar Kulai terima sumbangan pendidikan lebih RM90,000

Teo Nie Ching/ RTM

KULAI, 23 Ogos- Seramai 111 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Parlimen Kulai menerima sumbangan pendidikan keseluruhan bernilai lebih RM90,000, termasuk wang tunai, komputer riba dan tablet.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata sumbangan itu sebahagian daripada komitmen berterusan Parlimen untuk membantu pelajar dan memperkasa pendidikan.
  • Peruntukan sebanyak RM1.3 juta setakat tahun ini meneruskan komitmen sejak 2022, dengan anggaran kira-kira RM1.5 juta setiap tahun.
  • Sumbangan dan ganjaran disalurkan bertujuan meningkatkan motivasi pelajar untuk terus mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Ahli Parlimen Kulai yang juga Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Parlimen Kulai dalam membantu pelajar dan memperkasa bidang pendidikan.

Beliau berkata sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan bagi tujuan berkaitan pendidikan di kawasan itu setakat tahun ini, meneruskan komitmen yang dilaksanakan sejak 2022 dengan peruntukan kira-kira RM1.5 juta setiap tahun.

“Tidak kira di peringkat asasi, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi, ijazah atau diploma, saya percaya pendidikan adalah asas pembangunan negara dan cara terbaik untuk mereka menikmati kehidupan yang lebih bermakna pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sumbangan Murid Cemerlang STPM 2025 Parlimen Kulai di Senai, di sini, hari ini.

Teo berkata sumbangan dan ganjaran yang disalurkan itu bertujuan meningkatkan motivasi pelajar untuk terus mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.