Bekas CEO TH direman tujuh hari

Foto RTM

PUTRAJAYA, 21 Ogos – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap TH.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.
  • Individu itu berusia dalam lingkungan 60-an.
  • Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pada 9.37 pagi menaiki kenderaan SPRM.
  • Bekas CEO beredar dari kompleks mahkamah pada 11.33 pagi tadi.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Khamis depan terhadap individu yang berusia 60-an itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Sebelum ini, individu itu tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pada pukul 9.37 pagi tadi dengan menaiki sebuah kenderaan SPRM untuk proses permohonan reman.

Bekas CEO TH itu kemudiannya beredar dari kompleks mahkamah pada pukul 11.33 pagi tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.