
KOTA KINABALU, 21 Ogos – Tiga individu ditemukan rentung manakala, seorang lagi melecur dalam kejadian kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Darau, Menggatal di sini pada awal pagi ini.
- Kebakaran berlaku sekitar 1.45 pagi; rumah tidak kekal berukuran 40 kali 40 kaki terbakar sepenuhnya.
- Pasukan bomba tiba pada 1.50 pagi dan mengawal kebakaran pada 2.10 pagi.
- Operasi melibatkan 17 anggota bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sabah Electricity.
- Operasi ditamatkan pada 5.19 pagi.
Dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi, rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40 kali 40 kaki persegi terbakar sepenuhnya.
Mangsa yang maut terdiri daripada dua wanita berusia 67 dan 29 tahun, serta seorang lelaki berusia 53 tahun.
Seorang lagi lelaki berusia 34 tahun mengalami kecederaan melecur dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di lokasi pada 1.50 pagi sebelum berjaya mengawal kebakaran pada 2.10 minit pagi.
Operasi melibatkan seramai 17 anggota yang turut disertai Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sabah Electricity.
Operasi kemudian ditamatkan pada 5.19 pagi.