Bekas CEO TH tiba untuk permohonan reman

Foto RTM

PUTRAJAYA, 21 Ogos – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira pukul 9.37 pagi hari ini bagi proses permohonan reman.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM memohon reman bagi membantu siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Tabung Haji.
  • SPRM menahan tujuh individu termasuk seorang CEO, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah dan empat bekas pengurusan kanan TH.
  • Dua suspek direman selama lima hari mulai 15 sehingga 19 Ogos; lima lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM atas faktor masalah kesihatan.
  • Laporan RCI mendedahkan kelemahan pengurusan dan tadbir urus 2014 hingga 2020, namun TH pulih selepas langkah pemulihan kerajaan termasuk menangani kerugian hampir RM13 bilion.

Permohonan reman terhadap individu yang berusia 60-an itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap TH.

Terdahulu, SPRM menahan tujuh individu terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH.

Hanya dua suspek lelaki, iaitu CEO syarikat perkapalan dan pengarah syarikat pembinaan direman selama lima hari, bermula 15 hingga 19 Ogos lalu.

Manakala lima lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor masalah kesihatan.

Pada 29 Julai lalu,laporan RCI yang didedahkan kepada umum mendedahkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Bagaimanapun, kedudukan TH hari ini menunjukkan perubahan ketara hasil daripada langkah pemulihan yang dilaksanakan kerajaan, termasuklah berjaya menangani kerugian pelaburan hampir RM13 bilion.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.