Australia berang Israel enggan siasat kes pembunuhan pekerja bantuan Gaza

Foto AFP

SYDNEY, 20 Ogos – Asustralia berang dengan keputusan Israel untuk tidak meneruskan siasatan jenayah berhubung kes pembunuhan seorang petugas bantuan Australia, Lalzawmi “Zomi” Frankcom dan rakan-rakannya di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Luar Penny Wong memanggil Duta Israel, Hillel Newman; Duta Australia di Israel diminta menyampaikan pendirian Canberra.
  • Kerajaan Australia dimaklumkan lewat malam, beberapa minit sebelum pengumuman, bertepatan Hari Kemanusiaan Sedunia.
  • Frankcom antara tujuh petugas World Central Kitchen terbunuh April 2024 selepas konvoi bantuan diserang udara di Gaza.
  • Tentera Israel umum tidak akan jalankan siasatan jenayah walaupun Netanyahu mengaku pembunuhan secara tidak sengaja; keluarga layak mendapat keadilan.

Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata, Duta Israel ke Australia, Hillel Newman akan dipanggil untuk memberi penjelasan, manakala Duta Australia ke Israel diminta menyampaikan pendirian Canberra secara langsung kepada Tel Aviv.

Menurut Wong, kerajaan Australia hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu lewat malam tadi, beberapa minit sebelum ia diumumkan, bertepatan dengan Hari Kemanusiaan Sedunia.

Frankcom antara tujuh petugas World Central Kitchen yang terbunuh pada April 2024, selepas konvoi bantuan mereka terkena serangan udara Israel di Gaza.

Kematian mereka mengundang kemarahan global serta desakan baharu bagi memastikan keselamatan petugas bantuan di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini mengakui kononnya tentera Israel ‘secara tidak sengaja’ membunuh petugas bantuan berkenaan.

Namun, tentera Zionis pada Rabu mengumumkan siasatan jenayah tidak akan dijalankan berhubung kematian mereka.

“Keberanian Zomi mencerminkan nilai terbaik Australia dan wajar dikenang, manakala keluarganya berhak mendapat keadilan.

“Keputusan Israel itu, jauh meleset daripada apa yang diharapkan Australia agar Zionis bertanggungjawab,” tegas Wong. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.