LKAN: Enam negeri terima Pendapat Tanpa Teguran

Foto Jabatan Audit Negara

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Enam negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2025, manakala enam lagi menerima pendapat sama dengan Perenggan Hal-hal Lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • LKAN 2/2026: JAN keluarkan Sijil Ketua Audit Negara untuk 298 agensi negeri dan laporkan hasil pengauditan prestasi bagi 22 program.
  • Pengauditan terperinci terhadap 12 syarikat kerajaan negeri di 11 negeri dedahkan kelemahan signifikan pematuhan tatakelola syarikat.
  • Sehingga 28 September, 12,117 isu audit diselesaikan, menyumbang kepada kutipan serta bayaran balik kerajaan sebanyak RM920.91 juta.
  • JAN memantau isu audit melalui Portal Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara; 38 syor diajukan untuk tindakan kementerian dan jabatan.

Jabatan Audit Negara (JAN) memaklumkan, satu negeri pula menerima Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Penegasan Perkara dan Hal-hal Lain.

Keputusan itu dibuat selepas kesemua 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 selesai diaudit.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026, JAN turut mengeluarkan Sijil Ketua Audit Negara bagi 298 agensi negeri untuk tahun kewangan 2024, serta melaporkan hasil pengauditan prestasi terhadap 22 program dan aktiviti kerajaan negeri.

Pengauditan terperinci terhadap 12 syarikat kerajaan negeri di 11 negeri pula mendapati beberapa kelemahan signifikan berkaitan pematuhan tatakelola syarikat.

Ia melibatkan syarikat kerajaan negeri di Sabah, Sarawak, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Setakat 28 September lalu, sebanyak 12,117 atau 94.4 peratus daripada 12,835 isu audit yang disusuli jabatan itu telah diselesaikan.

Tindakan susulan berkenaan turut menyumbang kepada kutipan hasil dan bayaran balik kepada kerajaan berjumlah RM920.91 juta, termasuk penalti, sewa tertunggak, Liquidated Ascertained Damages (LAD), tunggakan pajakan tanah serta kutipan duti dan cukai.

Menurut JAN, semua isu audit terus dipantau melalui Portal Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara sehingga tindakan penyelesaian dilaksanakan.

Sebanyak 38 syor audit turut dikemukakan menerusi LKAN 2/2026 untuk tindakan kementerian dan jabatan yang diaudit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.