PBB bimbang tindakan AS kenakan sekatan terhadap pegawai ICC

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric

NEW YORK, 20 Ogos – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan serius terhadap sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Tomoko Akane serta peguam kanan pendakwaan, Abdoulaye Seye.

RINGKASAN BERITA AI
  • Guterres menghormati peranan dan bidang kuasa ICC walaupun kedua institusi mempunyai fungsi dan mandat berbeza.
  • PBB menganggap ICC sebagai tonggak penting dalam usaha menegakkan keadilan jenayah antarabangsa.
  • Marco Rubio menyatakan sekatan bertujuan melindungi kedaulatan AS dan keselamatan rakyatnya daripada pendakwaan luar.
  • Rubio menuduh ICC tidak sah dan dakwa kesalahan 'direka-reka', meningkatkan ketegangan antara Washington dan mahkamah.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, Antonio Guterres turut bimbang dengan tindakan berterusan AS mengenakan sekatan terhadap pegawai ICC yang lain.

Tambah beliau, Guterres tetap menghormati peranan dan bidang kuasa ICC meskipun kedua-dua institusi mempunyai fungsi serta mandat yang berbeza.

“Walaupun PBB dan ICC merupakan institusi berasingan dengan mandat yang berbeza, PBB menganggap ICC sebagai tonggak penting dalam keadilan jenayah antarabangsa,” katanya.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Selasa berkata sekatan itu sebagai sebahagian daripada usaha melindungi kedaulatan AS dan rakyatnya daripada pendakwaan oleh mahkamah yang berpangkalan di The Hague, Belanda.

Rubio turut menyifatkan ICC sebagai mahkamah yang tidak sah, selain menegaskan rakyatnya tidak sepatutnya dihantar ke luar negara untuk berdepan kesalahan yang ‘direka-reka’.

Perkembangan tersebut meningkatkan ketegangan antara Washington dan ICC ketika PBB terus menegaskan kepentingan mahkamah berkenaan dalam usaha memastikan keadilan bagi jenayah antarabangsa.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.