
MANILA, 18 Ogos – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini pada malam Isnin untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia-Filipina Ke-9, pada Selasa.
- Mesyuarat akan dipengerusikan bersama Setiausaha Luar Filipina, Ma. Theresa P. Lazaro, dan diakhiri dengan pemeteraian minit yang dipersetujui.
- JCM adalah mekanisme dua hala tertinggi Malaysia-Filipina, berlangsung selama dua hari; Mesyuarat Pegawai Kanan telah pun bermula.
- Agenda utama: memperkukuh perdagangan dua hala, memacu pelaburan rentas sempadan dan meningkatkan daya tahan ekonomi serantau.
- Kedua-dua menteri dijangka meneroka kerjasama dalam ekosistem halal, kewangan Islam, tenaga, pertanian, keselamatan serta pengurusan bencana; lawatan penting kerana Filipina Pengerusi ASEAN.
Ketibaan beliau kira-kira pukul 9.40 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino, manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Wisma Putra, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dan pegawai lain menyambutnya di hotel.
Datuk Seri Mohamad dijadual mempengerusikan mesyuarat itu bersama-sama Setiausaha Luar Filipina, Ma. Theresa P. Lazaro yang akan diakhiri dengan pemeteraian minit yang dipersetujui.
JCM yang berlangsung selama dua hari merupakan mekanisme dua hala tertinggi Malaysia-Filipina, dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) telah pun bermula pada Isnin.
Isu utama dalam agenda termasuk memperkukuh perdagangan dua hala, memacu pelaburan rentas sempadan serta meningkatkan daya tahan ekonomi serantau.
Kedua-dua menteri itu juga dijangka meneroka peluang untuk memperluas kerjasama dalam ekosistem halal dan kewangan Islam, tenaga, pertanian dan keterjaminan makanan, kerjasama pertahanan dan keselamatan, serta pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan.
Menurut Wisma Putra, lawatan tersebut mempunyai kepentingan tambahan memandangkan Filipina merupakan Pengerusi ASEAN ketika ini.