
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dikesan berlaku di Laut Flores, Indonesia kira-kira pukul 9.38 malam Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
- MetMalaysia memaklumkan kejadian melalui hantaran di Facebook.
- Gempa berpusat pada koordinat 8.0 darjah selatan dan 120.6 darjah timur.
- Kedalaman pusat gempa dilaporkan 10 kilometer.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut kenyataan MetMalaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa bumi berpusat di koordinat 8.0 darjah selatan dan 120.6 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) pada jarak 219 km timur dari Bima, Indonesia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,”menurut hantaran itu.