
PEREIRA, 12 Ogos – Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang wanita yang masih hidup dari bangunan runtuh akibat gempa bumi kuat 7.4 magnitud yang menggegarkan Colombia, Selasa lalu.
- Pihak berkuasa mengemas kini angka korban kepada 216 selepas pembetulan data rasmi dari wilayah Cali.
- Pemantauan udara menunjukkan beberapa kejiranan di Cali dan Pereira musnah teruk.
- Hospital tempatan rosak teruk hingga petugas perlu merawat pesakit di kawasan tempat letak kereta.
- Ribuan penduduk terpaksa berkhemah di taman awam kerana takut gegaran susulan dan kediaman musnah.
Daniela Largo,32, diusung keluar dari celah runtuhan berbalut selimut biru, disambut sorakan gembira dan linangan air mata ahli keluarga serta anggota penyelamat.
Ibu mangsa, Sandra Milena Perez meluahkan rasa syukur selepas seorang penduduk tempatan terdengar jeritan meminta tolong dari bawah runtuhan lalu sebelum pasukan penyelamat profesional tiba di lokasi.
Pihak berkuasa Colombia mengemas kini angka korban terbaharu kepada 216 orang berikutan pembetulan data rasmi dari wilayah Cali.
Di Cali dan Pereira, pemantauan udara mendapati, beberapa kejiranan musnah, manakala hospital tempatan turut terjejas teruk sehingga petugas perubatan terpaksa merawat pesakit di kawasan tempat letak kereta.
Sehingga kini, ribuan penduduk terpaksa berkhemah di taman-taman awam akibat ketakutan terhadap gegaran susulan, selain kediaman mereka yang telah musnah sepenuhnya.- AFP