
MATARAM, 12 Ogos – Lebih 100 penumpang terselamat selepas sebuah feri terbakar di perairan berhampiran pulau pelancongan Bali, hari ini.
- Sekurang-kurangnya 114 orang berada di atas feri ketika kebakaran, dalam perjalanan dari Bali ke Lombok.
- Tiada laporan awal mengenai kecederaan atau kematian; agensi SAR masih menilai jumlah penumpang sebenar.
- Semua penumpang dipindahkan menggunakan sekurang-kurangnya tiga kapal, termasuk kapal tentera laut, dan sebuah helikopter dikerahkan untuk pemantauan udara.
Kejadian tersebut merupakan insiden feri terbakar kedua yang berlaku dalam tempoh beberapa hari di negara berkenaan.
Sekurang-kurangnya 114 orang berada di atas feri penumpang itu semasa ia terbakar pada awal pagi tadi ketika dalam perjalanan dari Bali menuju ke Lombok.
Tiada sebarang laporan awal mengenai kecederaan atau kematian yang diterima setakat ini.
Ketua Agensi Penyelamat dan Pencarian (SAR) Mataram di Pulau Lombok, Muhamad Hariyadi mengesahkan usaha menilai jumlah sebenar penumpang masih dijalankan.
“Semua penumpang dipindahkan menggunakan sekurang-kurangnya tiga kapal berbeza, termasuk sebuah kapal tentera laut. Sebuah helikopter turut dikerahkan bagi membuat pemantauan dari udara,” ujarnya.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas kejadian berasingan minggu lalu yang mengorbankan lima nyawa apabila sebuah feri terbakar di perairan Pulau Jawa.- AFP