Gempa Colombia: Menara gereja ikonik di Manizales runtuh

Kerosakan pada salah satu menara Katedral Basílica Metropolitana Nuestra Señora del Rosario selepas gempa bumi kuat di Colombia pada Isnin/ AFP

BOGOTA, 10 Ogos- Salah satu menara sisi gereja ikonik di Manizales runtuh manakala bahagian depan bangunan itu turut mengalami kerosakan akibat gempa bumi bermagnitud 7.4 yang melanda Colombia pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman Reuters menunjukkan serpihan runtuhan bertabaran di sekitar katedral di pusat bandar Manizales.
  • Sekurang-kurangnya 20 maut, termasuk 18 di Pereira dan dua di Manizales menurut pihak berkuasa.
  • Di Cali, sekurang-kurangnya 20 struktur runtuh dengan beberapa penduduk dilaporkan terperangkap.
  • Perkhidmatan Geologi Colombia memaklumkan pusat gempa dikesan berhampiran San José del Palmar, Chocó pada kedalaman 96 kilometer.

Gereja berkenaan ialah Katedral Basílica Metropolitana Nuestra Señora del Rosario yang terletak di pusat bersejarah Manizales.

Rakaman yang disahkan Reuters menunjukkan serpihan runtuhan bertaburan di jalan sekitar katedral berkenaan.

Gempa itu turut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang termasuk 18 di Pereira dan dua di Manizales, menurut pihak berkuasa.

Di Cali, sekurang-kurangnya 20 struktur runtuh dengan beberapa penduduk dilaporkan terperangkap, menurut Datuk Bandar, Alejandro Eder.

Enam lapangan terbang di barat Colombia turut menggantung operasi susulan kerosakan akibat gempa berkenaan.

Perkhidmatan Geologi Colombia (SGC) memaklumkan pusat gempa dikesan berhampiran San José del Palmar, Choco pada kedalaman 96 kilometer. -Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.