
SHAH ALAM, 10 Ogos – Tekong sepak takraw negara, Syahir Rosdi mencipta sejarah tersendiri selepas mencatatkan ketinggian sepakan tekong yang mencapai ketinggian 2.28 meter(m).
- Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Highest Tekong Kick By Individual".
- Catatan dilakukan pada Karnival GenBlu di Setia City Convention Centre menerusi cabaran servis tekong tanpa melompat.
- Syahir menyatakan servis perlukan kaki diangkat setinggi mungkin kerana melompat tidak dibenarkan.
- Pencapaian itu mengukuhkan kehebatan Syahir sebagai tekong yang mampu menghasilkan servis tinggi dan aksi luar biasa.
Rekod berkenaan sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Highest Tekong Kick By Individual”.
Catatan berkenaan dilakukan beliau pada Karnival GenBlu di Setia City Convention Centre, disini , pada Sabtu. menerusi cabaran menguji kemampuan melakukan servis tekong tanpa melompat.
Menurut Syahir, catatan ketinggian 2.28meter (m) itu merupakan antara rekod tertinggi yang pernah dilakukannya menerusi teknik servis berkenaan.
“Untuk servis, memang ada syarat kita tidak boleh melompat. Jadi, saya hanya angkat kaki setinggi yang boleh dan cuba capai ketinggian maksimum”, katanya.
Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan kehebatan Syahir sebagai antara tekong yang memiliki keupayaan menghasilkan servis tinggi.
Pencapaian berganda itu bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada kemampuan Syahir, malah memberi gambaran mengenai kemampuan luar biasa seorang tekong dalam menghasilkan aksi sepakan tinggi.