FIA 2026: Malaysia jana jualan eksport RM791.54 juta

Foto MATRADE

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Jualan eksport bernilai RM791.54 juta berjaya dijana Malaysia menerusi penyertaan dalam Pameran Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2026 selama lima hari dari 20 hingga 24 Julai lalu di United Kingdom.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian itu memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan aeroangkasa global.
  • Mencerminkan daya saing Malaysia sebagai hab pembuatan aeroangkasa dan menyokong Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.
  • Malaysia adakan 148 mesyuarat perniagaan dengan pemain antarabangsa; Pavilion Malaysia menghimpunkan 15 syarikat tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Abu Bakar Yusof berkata pencapaian itu memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan aeroangkasa global.

Pada masa sama, mencerminkan daya saing Malaysia sebagai hab pembuatan aeroangkasa serta menyokong aspirasi Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

“Industri aeroangkasa negara mencatat pendapatan RM32.5 bilion pada 2025, dengan eksport menyumbang RM7.95 bilion atau 24.5 peratus daripada keseluruhan hasil industri.

“Usaha memperluas eksport bernilai tinggi akan terus menjadi pemacu utama bagi mencapai sasaran hasil industri sebanyak RM55.2 bilion menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang FIA 2026, sebanyak 148 mesyuarat perniagaan diadakan antara syarikat Malaysia dengan pemain industri antarabangsa menerusi Pavilion Malaysia yang menghimpunkan 15 syarikat tempatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.