Hari TVET bukti komitmen perkasa pendidikan kemahiran

Hari TVET 2.0 Kolej Vokasional Kangar

KANGAR, 4 Ogos – Pelaksanaan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) membuktikan komitmen tinggi Kolej Vokasional Kangar dalam memperkasa bidang TVET kepada masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited memberi tumpuan kepada perkembangan TVET sebagai pemacu pembangunan masa depan negara.
  • TVET kini bukan pilihan kedua dan semakin mendapat permintaan majikan sejajar perkembangan teknologi dan keperluan industri.
  • Pelbagai program komuniti dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta mengukuhkan kerjasama institusi dengan industri.
  • Hari TVET 2.0 berlangsung dua hari dengan penyertaan pelajar, institusi TVET, ibu bapa dan komuniti setempat.

Usaha ini seiring dengan hasrat kerajaan yang terus komited dan sentiasa memberikan tumpuan terhadap perkembangan bidang TVET dalam negara sebagai pemacu pembangunan masa depan negara.

Pengerusi Majlis Pengarah Kolej Vokasional Zon Kedah dan Perlis, Rohaizad Redzuan berkata, TVET kini bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya semakin mendapat permintaan majikan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa industri.

Pelbagai program bersama komuniti turut dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap TVET serta mengukuhkan kerjasama antara institusi dan industri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Hari TVET 2.0 Kolej Vokasional Kangar yang berlangsung selama dua hari, yang turut dihadiri Pengarah Kolej Vokasional Kangar, Zazlan Darus.

Lebih 2,000 pengunjung terdiri pelajar sekolah berdekatan, institusi latihan TVET, ibu bapa dan masyarakat setempat hadir bagi menyokong pelaksanaan Hari TVET berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.