
PASIR GUDANG, 4 Ogos – Kerajaan Johor akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan keperluan tenaga kerja Hospital Pasir Gudang (HPG) dapat dipenuhi.
- Pengisian tenaga kerja penting untuk membolehkan HPG beroperasi pada kapasiti penuh.
- Kekosongan melibatkan pakar perubatan, jururawat dan petugas kesihatan lain perlu diisi.
- HPG menawarkan kepakaran pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi, radiologi, patologi serta ortopedik.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengisian tenaga kerja penting bagi membolehkan HPG beroperasi pada kapasiti penuh.
Sekali gus, menampung keperluan kesihatan penduduk di daerah itu dan kawasan sekitarnya.
“Daripada 2,271 jawatan yang diperuntukkan, sebanyak 1,079 jawatan telah diisi, manakala baki kekosongan melibatkan pakar perubatan, jururawat dan petugas kesihatan lain,” katanya.
Hospital itu menyediakan pelbagai bidang kepakaran termasuk pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi, radiologi, patologi, ortopedik, otorinolaringologi serta oftalmologi.