Sentiasa peka aspek keselamatan semasa mendulang emas

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan

KOTA BHARU, 3 Ogos – Individu yang menjalankan aktiviti mendulang emas dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap aspek keselamatan di air bagi mengelak risiko lemas.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM menyokong usaha kerajaan merancakkan ekonomi melalui mendulang emas tetapi menekankan keselamatan perlu diberi perhatian
  • Risiko lebih tinggi bagi mereka yang jarang mendulang; sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
  • Jika berlaku hujan lebat di hulu sungai, pakai jaket keselamatan; ia boleh menyelamatkan nyawa semasa kenaikan air mendadak

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan negeri merancakkan ekonomi menerusi aktiviti mendulang emas, namun aktiviti itu tetap mempunyai risiko sekiranya langkah keselamatan tidak diberi perhatian.

Ini terutama bagi mereka yang jarang melakukan aktiviti berkenaan.

“Kita berharap mana-mana pihak ataupun individu yang terlibat dengan aktiviti mendulang ini lebih peka dengan keadaan sekeliling.

“Sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan hulu sungai, tindakan awal yang boleh diambil adalah menggunakan jaket keselamatan. Penggunaan jaket keselamatan boleh menyelamatkan diri sekiranya berlaku kenaikan air mendadak.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini tiada kes melibatkan aktiviti mendulang emas, tetapi risiko tetap ada,” katanya dalam sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Tahun 2026 JBPM Kelantan di Tunjong di sini.

Setiap tahun, Kelantan merekodkan anggaran 20 hingga 30 kes lemas, dan dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 6 kes dilaporkan.

Tahun lepas, sebanyak 25 kes direkodkan, manakala pada tahun sebelumnya, 24 kes.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.