
ISRAEL, 19 Oktober – Ancaman Iran yang didakwa belum dihapuskan sepenuhnya menjadi antara ‘modal’ Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam meraih undi terutamanya pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Parlimen Israel yang dijadual berlangsung pada minggu hadapan.
- Netanyahu menegaskan kerjasama dengan Amerika Syarikat perlu diteruskan untuk merealisasikan misi menghapus ancaman Iran.
- Trump menyatakan sokongan terbuka terhadap usaha Netanyahu kembali bertanding dan menggesa kerjasama kedua negara menjadi pertimbangan pengundi Israel.
- Trump kata matlamat itu tidak boleh dicapai tanpa Netanyahu; beliau juga puji Netanyahu sebagai pemimpin hebat dan rakan kongsi mudah bekerjasama.
Netanyahu berkata, kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) perlu diteruskan bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Menurutnya, Presiden AS, Donald Trump secara terbuka menyatakan sokongan terhadap usahanya untuk kembali bertanding selain, menegaskan bahawa kerjasama antara kedua-dua negara perlu menjadi pertimbangan utama pengundi Israel.
“Trump memaklumkan bahawa matlamat ini tidak boleh dicapai tanpa saya. Kerjasama saya dengan Trump telah mencapai pelbagai kejayaan dan akan diteruskan dalam tempoh dua tahun akan datang, atau mungkin lebih awal daripada jangkaan, menerusi misi menghapuskan ancaman Iran,” katanya.
Terdahulu, Trump menyifatkan Netanyahu sebagai ‘seorang perdana menteri yang hebat’ serta rakan kongsi yang senang bekerjasama.-VIORY