UAE dan Arab Saudi sepakat perkukuh kerjasama dua hala

Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman dalam pertemuan di Abu Dhabi / Foto Viory

ABU DHABI, 19 Oktober – Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi sepakat memperkukuh serta memperluas kerjasama dua hala yang menjadi kepentingan bersama seterusnya membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed bertemu Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman di Abu Dhabi.
  • Mereka meneliti perkembangan serantau dan bertukar pandangan untuk memperkukuh keselamatan, kestabilan serta mencapai keamanan berkekalan.
  • Putera Khalid menyampaikan salam Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kepada Presiden UAE.

Perkara itu dibincangkan menerusi pertemuan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman yang berlangsung di Abu Dhabi pada Ahad.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Naib Presiden UAE, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan Penasihat Keselamatan Negara, Sheikh Tahnoon bin Zayed Al Nahyan.

Selain membincang usaha memperluas kerjasama, pertemuan itu turut membincangkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin turut meneliti perkembangan serantau dan bertukar-tukar pandangan mengenainya bagi menyumbang kepada usaha memperkukuh keselamatan dan kestabilan serta mencapai keamanan berkekalan di rantau berkenaan.

Putera Khalid turut menyampaikan salam daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman, dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman kepada Presiden UAE.-VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.