
SHAH ALAM, 3 Ogos – Tindakan terhadap anjing liar yang mengancam keselamatan awam akan diteruskan, namun pelaksanaannya akan dibuat secara berhemah dan berperikemanusiaan.
- Perlu imbangkan keselamatan awam dan kebajikan haiwan; penguatkuasaan mesti mengikut prosedur ditetapkan.
- Tindakan harus berhemah, tidak kejam, serta mengekalkan nilai keinsanan dalam masyarakat.
- Kematian seekor anjing semasa operasi di Taman Gedung Indah, Pelabuhan Klang menimbulkan kebimbangan; perlu siasatan dan penambahbaikan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri perlu mengimbangi antara aspek keselamatan orang ramai dengan kebajikan haiwan, sambil memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.
“Sebab itu tindakannya harus berhemah. Kerajaan perlu bertindak demi kemaslahatan umum, tetapi tindakan itu tidaklah sampai kejam atau sehingga menghakis nilai keinsanan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau mengulas mengenai insiden kematian seekor anjing dalam operasi menangkap anjing liar di Taman Gedung Indah, Pelabuhan Klang, baru baru ini.