
SURABAYA, 3 Ogos- Seekor anak lembu dilahirkan dengan tiga mata, dua mulut dan dua hidung di Jawa Timur, Indonesia mencuri perhatian penduduk setempat kerana keadaannya yang jarang berlaku.
- Anak lembu sehari bernama Berlian dilaporkan sihat dan mampu berdiri sendiri.
- Rakaman video menunjukkan pemilik memperkenalkan Berlian kepada penduduk kampung pada 9 Julai.
- Pemilik, Suparmin, terkejut ketika membantu kelahiran dan menghubungi pegawai kesihatan ternakan untuk pemeriksaan.
- Beberapa individu menawarkan membeli tetapi Suparmin menolak dan mahu menjaganya; keadaan dipercayai akibat kelainan kongenital.
Anak lembu berusia sehari yang diberi nama ‘Berlian’ itu bagaimanapun dilaporkan sihat dan mampu berdiri sendiri walaupun mempunyai ciri fizikal luar biasa.
Rakaman video menunjukkan anak lembu berkenaan diperkenalkan pemiliknya kepada penduduk kampung pada 9 Julai lalu.
Pemiliknya, Suparmin berkata dia terkejut ketika membantu proses kelahiran Berlian sebelum menghubungi pegawai kesihatan ternakan untuk pemeriksaan dan rawatan.
“Saya hanya berharap Berlian dapat bertahan dan membesar dengan sihat. Kami akan terus menjaganya dan melakukan yang terbaik,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu menawarkan untuk membeli anak lembu itu, namun dia menolak kerana mahu menjaganya sendiri.
Penduduk kampung turut berkunjung ke rumah Suparmin untuk melihat Berlian yang disifatkan sebagai kes pertama seumpamanya berlaku di kawasan mereka.
Keadaan fizikal luar biasa itu dipercayai berpunca daripada kelainan perkembangan kongenital yang jarang berlaku ketika anak lembu terbentuk dalam rahim. -Reuters